Wednesday, 29 February 2012
hidup ini tidak selalunya indah
ketika bahagia baru menjengah
dugaan datang meredah
dalam mencari-cari dimananya arah
pasrah pula menanti dalam gelisah
27/11/10
Tuesday, 28 February 2012
aku suka tengok kamu ceria
tp sedih bila ada yg x kena
bukan begitu caranya
mengapa dikejar nikmat dunia
indahnya hny sementara
kamu gembira tapi x bahagia
Monday, 27 February 2012
Ya Allah berikan aku kekuatan
untuk menempuhi segala rintangan
perjalanan ini perlu diteruskan
sinaran masih menanti di hadapan
biarpun dikiri kanan penuh halangan
ku anggap itu sebagai satu ujian
Ya Allah berikan jua ku kesabaran
mengharungi semua dugaan
tetapkan iman berikan ku panduan
semoga tidak tersasar dari landasan
lindungilah aku dgn penuh keredhaan
27/12/10
Sunday, 26 February 2012
bile ak kata single x caya...
bile ak kata double kau bilang dusta...
bila ak kata triple kau kata luar biasa...
Saturday, 25 February 2012
cinta itu menyakitkan bagi mereka yang pernah dikecewakan
cinta itu memeritkan apabila berjanji tidak dapat dikotakan
cinta itu memilukan tatkala harapan tidak sempat ditunaikan
cinta itu memusnahkan suatu angan yang pernah diimpikan
cinta itu telah pun menghancurkan satu ikatan dan juga persahabatan
cinta itu telah pun menawarkan hati dan perasaan
dan cinta itu jugalah meninggalkan sebuah kenangan yang sukar untuk dilupakan
ST12-PUSPA ----> ada pulak orang pasang lagu ini...seyes wat aku teringat dan sedey...aku benci perasaan aku sekarang ini...tolonglah lupakan aku pada kenangan lalu...sedangkan aku tahu die bukan lagi milikku...
Friday, 24 February 2012
suatu masa dulu aku pernah kecewa dan sedih teramat sangat
terima kasih pada mereka yang hadir merawat
yang sentiasa mengambil berat
dan juga melayan aku tanpa penat
kini aku semakin kuat tabah dan bersemangat
kalau dulu susah nak terima hakikat
sekarang tak nak lagi diingat
Thursday, 23 February 2012
Wednesday, 22 February 2012
Rindu kian melanda diri
kasih bercambah hari demi hari
dalam tak sedar sayang mula menguasai diri
rasa sunyi bertukar ganti
bahagia pula hadir disisi
adakah aku telah jatuh cinta lagi???
adakah aku saja sebegini???
adakah dia pun turut merasai???
mungkinkah dia akan aku miliki???
atau aku saja yang perasan sendiri???
begitulah persoalan tanpa jawapan yang pasti???
hendak ku berikan hati
masih terlalu awal lagi
masih jauh lagi perjalanan ini
onak ranjau dan duri setia menanti
mampukah aku bertahan untuk diuji????
Tuesday, 21 February 2012
tahun baru menjelma semula
teringat ulang tahun yg pertama
ingatkan ada yang kedua, ketiga atau kekal seterusnya
rupanya semua itu angan belaka
benarkah masih ada bahagia
biarpun bukan dgn dia
pada tuhan ku pinta
kurniakanlah cinta
utk arini esok dan selamanya
1/1/11
Monday, 20 February 2012
tahun ni aku da 23
kawan aku da nk msuk anak dua
aku calon pun x ada (haha)
mak sedara tny bila nak kawinnya
kalau blum bpunya
boleh carikan sampai lima
aku pun jawab la
cari macam shah rukh khan ya (haha)
xpsl2 mak cik aku kata amboiiii demandnya dia
hehe tu gurauan semata
biarlah xada rupa
janji iman kuat di dada
paling penting ikhlas,jujur dan setia
barulah hapy sepanjang masa :-)
1/1/11
Sunday, 19 February 2012
dalam hati ada rindu...
dalam rindu ada kamu...
hanya kamu yang ku mahu...
siang malam terbayang selalu..hihi...malu malu malu ...incik bean ♥
18/1/11
Saturday, 18 February 2012
semalam adalah mustahil untuk ku lupa
mengalir airmata kecewa
nak dipendamkan tak berdaya
nak diluahkan pada siapa
sakitnya bila berikan madu dibalas cuka
walau beribu maaf kau pinta
tetap tidak boleh ku lupa
biar aku sendirian buat sementara
untuk tenangkan hati,rehatkan minda
serta hilangkan resah dan gelora di jiwa
Friday, 17 February 2012
kenangan itu menyakitkan
tapi susah untuk dilupakan
bila dikenangkan...
hati mula di landa kesedihan
oh Tuhan berikan aku kekuatan!!!
12/1/11
Thursday, 16 February 2012
sesuatu yang indah susah utk dilupakan...
bila telah menjadi kenangan pahit bila diingatkan...
tapi itulah yang sering difikir-fikirkan...
:-(
2/2/11
Wednesday, 15 February 2012
Di kala dirimu dilanda kesusahan
aku insan pertama jadi pilihan
sebaliknya aku kau lupakan
bila diri di dalam kesenangan
sungguh x berperikemanusiaan kan????
kau layan aku ibarat aku xda perasan
apa slh ak shg sgup lakukan sedemikian
ini balasan yg mampu kau berikan???
terima kasih byk2 aku ucapkan :-(
10/2/11
Tuesday, 14 February 2012
Terlebih dahulu maafkan aku
kerana mengatur langkah untuk berlalu
tidak lagi ku mampu
meneruskan perjalanan tanpa arah tuju
kerana sayangkan dia
ingin ku lihat dia bahagia
disamping keluarganya yang tercinta
tidak mahu lagi jadi yang ketiga
gembira yang ku rasa hanya bersifat sementara
Monday, 13 February 2012
tika bulan terang menyinari...
ak pula duduk bersendiri...
tiada guna ditangisi..
kerana sudah suratan takdir ilahi...
tabahkan hati tekad diri..
menerima hakikat yg tlh terjadi...
kerana masa tidak dpt di undur lagi...
19/2/11
Sunday, 12 February 2012
Andaikata
cinta itu suatu pengorbanan
mengapa pengorbanan itu
bukan noktah sebuah cinta
Andaikata
derita itu harga sebuah cinta
mengapa cinta itu
semakin sukar untuk dimiliki
Friday, 10 February 2012
kita ini sama sahaja
punya rasa punya cinta
kita merindu kita memuja
sedangkan kata terpendam dijiwa
mengharapkan kasih kepunyaan orang
memetik rindu di taman terlarang
sekalipun cinta akan kecundang
lu korban masa demimu sayang
Thursday, 9 February 2012
dirimu kukenali suatu ketika dahulu
mengamit langkahku untuk terus bersamamu
meskipun sudah ku tahu
mungkin hanya seketika waktu
tidak ku peduli semua itu
kerana bahagia datang bertalu-talu
bila kita bermesra selalu
diambang pintu mahligai nan syahdu
seorang insan sedang menunggu
untuk membawa diriku jauh darimu
kerana bimbang aku menjadi milikmu
Wednesday, 8 February 2012
kenapa ini yang kurasakan
sukar untuk ditafsirkan
sungguh diluar kawalan
hendak ku tahan tiada kekuatan
jika diizinkan
aku sendiri juga yang memendam perasaan
mula diselubungi beribu persoalan
mulut membenarkan
hati pula menidakkan
dari kata ku harapkan pengertian
tapi kau tidak seperti yang kusangkakan
akhirnya aku juga yang kesakitan
Tuesday, 7 February 2012
mengapa diukur hala diri
sedangkan naluri sudah mengerti
mengapa dihimpit laluan yang sempit
sedangkan haluan teratur disaji
mengapa disusun langkah yang teratur
sedangkan hidup mengejar ilusi
mengapa ditegur orang berlari
sedangkan diri hanya merangkak
mengapa dibiar jiwa yang resah
sujudlah pada yang kuasa
yang pasti....
dunia hanyalah sementara
perhambakanlah diri pada pencipta
Monday, 6 February 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)