Friday 6 January 2012

Aku insan yang tak sempurna


tika dan saat ini airmata tak dapat dibendung lagi
salah aku kah sehingga keadaan jadi sebegini
atau sudah suratan ilahi semua ini akan terjadi

kadang kala aku sering bertanya
adakah kerana paras rupa
wanita cantik jadi buruan jejaka
kenapa sudah berpunya
masih lagi mengejar wanita yang cantik belaka
adakah rupa menjadi pekara utama????

aku sedar aku mungkin tak secantik mereka
tapi aku ikhlas dalam memberi cinta
cinta aku satu tiada dua
tapi kenapa ini yang harus aku terima???

andai benar tiada cinta antara kita
lepaskan sahaja aku dengan rela
pilihlah insan yang bisa buat kau bahagia
insan yang sentiasa buatmu tersenyum gembira
kerana aku sedar aku bukan insan yang sempurna


jika benar tiada lagi suka
jika benci mula bermaharajalela
katakan sahaja...
aku sudah sentiasa sedia sejak dari mula
kerana aku tahu cinta tak semestinya bersama
berterus-terang lagi baik dari segala-galanya
jangan pula menaburi kata-kata dusta
jangan sesekali  melafazkan janji setia
andai kau sendiri tidak pasti mampu menunaikannya

1/11/11 cantik sungguh tarikh ini
tapi hari berlalu mendung sekali
mengharap kekasih hati datang menemani
tapi dibiarkan terus aku menyendiri
terima kasih biarkan aku sendiri

Ya Allah ...aku bermohon padaMU berikan kami petunjuk....andai benar ini jodoh kami kuatkanlah hubungan kami.,..Jika sebaliknya aku redha dgn setiap ketentuanMU...Aku yakin dan pasti, setiap yg terjadi ada hikmahnya. Pengalaman memantangkan aku...pengalaman mengajar aku agar lebih berhati-hati dalam memberi cinta...juga turut mengajar aku jangan terlalu percaya dan sayang pada seseorang kerna kelak dia bisa membuat kita terluka dan kecewa...bila hilang rasa percaya..bila sedih meratap jiwa..warna cinta semakin pudar warnanya....salah hati aku kah bila ini yang ku rasa...tapi rasa tak akan hadir tanpa ada penyebabnya...

0 penerang hati:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...