Tuesday 14 February 2012

Terbaik Untukmu

Terlebih dahulu maafkan aku
kerana mengatur langkah untuk berlalu
tidak lagi ku mampu
meneruskan perjalanan tanpa arah tuju

kerana sayangkan dia
ingin ku lihat dia bahagia
disamping keluarganya yang tercinta
tidak mahu lagi jadi yang ketiga
gembira yang ku rasa hanya bersifat sementara

antara kita jauh bezanya
antara kita ada penghalangnya
dan antara kita tak mungkin bersama

resah gelisah menggangu lena
bayang dirimu aku ingat sentiasa
kau yang hadir dikala ku berduka
memberi sinar dalam hidupku semula

setelah lama bertapa
memohon petunjuk dari yang maha Esa
rela dalm terpaksa
aku melangkah diri meninggalkan dia

dia
terima kasih tak terhingga
memberi semangat dan kata-kata
disisiku dengan penuh setia
dia....
suatu hari nanti kau akan tahu kenapa
aku lakukan bukan untuk saja-saja
dia
biarpun hanya seketika
kenangan yang ada
akan ku abadikan untuk selamanya

p/s : DIA !!!! dirimu tak mungkin ku lupa.....

0 penerang hati:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...