Tuesday 20 March 2012

Adab Berdoa






Untuk mencapai sesuatu kejayaan ataupun hajat, kita perlukan DUIT.  wow kompom2 leh kena hentam dgn statement ni kn kwn2..harap bertenang.. duit yg sy maksudkn di sini ialah :

DOA + USAHA + IKHTIAR + TAWAKAL = DUIT

Semua org tau berdoa, tapi pernahkah kalian tau adab sebenar ketika berdoa.. Di sini ada sedikit perkongsian yg ingin sy sampaikn pd kwn2 sekalian khususnya kpd para pelajar. Mari sama2 kita amalkan ye :-)



  • Memulakan doa dgn membaca Bismillahirrahmanirrahim, memuji Allah SWT & berselawat ke atas Nabi SAW.
  • Menutup doa juga dgn memuji Allah SWT, selawat ke atas Nabi SAW, ahli keluarga beliau dan para sahabat.
  • Beristighfar, iaitu memohon keampunan atas segala dosa yang dilakukan sama ada yang disedari atau tidak, sengaja ataupun tidak sengaja. Memohon ampun dgn taubat yang sebenar-benarnya akan menyucikan jiwa dan menghapuskan dosa.
  • Memilih masa dan keadaan yg sesuai spt 1/3 mlm , slps solat, mlm Lailatul Qadar, slps solat fardhu, ketika hujan turun, semasa keadaan mendesak umpamanya dalam keadaan darurat dan peperangan jihad di jalan Allah, semasa sujud, ketika sedang berpuasa, hari Arafah, 9 Zulhijah, hari Jumaat, pada bulan Ramadhan dan sebagainya.
  • Ketika berada di tempat mustajab doa seperti antara Hajaraul Aswad dan pintu Kaabah (Multazam), semasa berada di Masy.aril Haram, antara Safa dan Marwah dan sebagainya.
  • Menghadap kiblat.
  • Berdoa dgn mengangkat kedua belah tgn .
  • Berdoa dgn suara yg perlahan
  • Khusyuk iaitu menumpukkan sepenuh perhatian pd doa yg dipanjat.
  • Tawaduk iaitu mrendah diri dan penuh pengharapan supaya doa dimakbulkan.
  • Bersangka baik yg doa akn diterima Allah.
  • Berdoa dgn penuh keikhlasan dan bersungguh-sungguh.
  • Berdoa berulang kali tanpa jemu.
  • Menjaga amal ibadat serta menjauhi pekara maksiat.
  • Menghindari makanan haram mahupun yang syubhat.
Tahukah kwn2....


 
“APABILA URAT TANGAN BERTEMU IA AKAN MENJADI SEPERTI HURUF BA ب . TITIK BA TERLETAK DI HATI KITA. KEDUDUKANNYA RENDAH DARI TANGAN YG KITA TADAH. SETIAP HURUH HIJAIAH DIDALAM AL QURAN ADA MALAIKAT YANG MENJAGANYA. HURUF BA DIJAGA OLEH MALAIKAT BERNAMA ‘HAR HAYAAIL’. MALAIKAT INI AKAN MENGANGKAT DOA KITA TERUS MENGHADAP ALLAH TANPA SEBARANG PERANTARA. OLEH ITU BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH DENGAN PENUH PENGHARAPAN."


0 penerang hati:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...