Thursday 9 February 2012

Selagi Ada Rindu





dirimu kukenali suatu ketika dahulu
mengamit langkahku untuk terus bersamamu
meskipun sudah ku tahu
mungkin hanya seketika waktu
tidak ku peduli semua itu
kerana bahagia datang bertalu-talu
bila kita bermesra selalu

diambang pintu mahligai nan syahdu
seorang insan sedang menunggu
untuk membawa diriku jauh darimu
kerana bimbang aku menjadi milikmu


pilihan diberi buat ku keliru
demi kebahagian insan itu
aku sedia berlalu meninggalkanmu
biarpun hati sakit menanggung rindu

ku ingin pengertian dirimu
antara kau dan aku
mungkin tidak akan bersatu
meskipun diri saling merindu
mahupun hati benar-benar berlagu
mengharap kasih bertamu

izinkan diriku
melupakan kisah yang lalu
saat bahagiaku di samping dirimu
biarpun kau tahu bukan kerelaan hatiku
maafkanlah aku
memungkiri janji kita yang dahulu
andai ku punya waktu
biarpun masa berlalu
mungkin kita akan bertemu
selagi masih ada rindu

0 penerang hati:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...