Tuesday 3 January 2012

Aku insan lemah


aku insan lemah
hati aku mudah goyah
dalam tercari-cari arah
aku temui kau dalam pasrah

kita....
sama terluka sama kecewa
sejarah cinta buat kita berduka 
mungkin jodoh telah tiada
biarkanlah mereka bahagia tanpa kita

kau hadir membawa bahagia
hilang duka hilang juga airmata
kita sama sahaja
punya hati punya rasa
saling berharap untuk bersama

lalu terjalin ikatan dengan rela
moga cinta kedua lagi bermakna
cinta lalu hanyalah sejarah lama
tanpa sejarah kita tak mungkin bersama

0 penerang hati:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...